Sunday, August 22, 2010

TITAS atau nama sebenarnya Tamadun Islam dan Tamadun Asia. itulah antara subjek yang perlu di ikuti oleh semua pelajar tahun 1 lompat di Universiti Tun Hussien Onn. Sepanjang bergelar pelajar selama ini, ini lah yang saya rasakan pembelajaran yang agak sukar buat saya. Saya seorang yang tidak menggemari modul sejarah kini perlu mengukuti subjek ini dengan jayanya. Untuk sesi kelas TITAS yang pertama kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan. setiap kumpulan diberikan tajuk tajuk mengikut modul yang ditetapkan...Kumpulan kami diberikan tajuk Tamadun Islam. tajuk ini terlalu general sebenarnya untuk dihuraikan. daripada tajuk besar ini, kami dibahagikan kepada pecahan-pecahan kerja supaya kerja menjadi lebih teratur. Awalnya saya kurang faham dengan apa yang patut saya cari dengan tajuk asas-asas tamadun islam kerana tiada di dalam modul yang sebenarnya. setelah mendapatkan contoh daripada penasihat kami Ustaz Hashim, barulah kami faham skop kami yang sebenarnya. Asas tamadun Islam ini sebenarnya samalah dengan asas Islam itu sendiri iaitu Akidah, Syariah, serta Akhlak...dimana ketiga-tiga asas ini merupakan asas terpenting dalam pembentukan tamadun itu sendiri termasuklah di dalam tamadun-tamadun lain seperti Tamadun Cina, Tamadun India, tamadun Melayu serta tadun-tamadun lain...daripada maklumat yang saya peroleh berkenaan asas tamadun islam ini, saya perlu membuat penguraian atau simpulan daripada maklumat-maklumat yang diperolehi untuk menghasilkan report serta slide show. Alhamdulillah. kerja-kerja ini akhirnya dapat saya siapkan dengan jaya pada hari ini setelah seharian mengumpulkan maklumat di perpustakaan Universiti Tun Hussein Onn ini..Alhamdulillah...

No comments:

Post a Comment