Monday, August 23, 2010

Jangan Terlalu Berani Mencabar-Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah.

daripada terbitan Mingguan Malaysia, Aug 15 2010
mengulas daripada artikel MIngguan Malaysia ini, saya selaku pelajar kenegaraan seksyen 17 Universiti Tun Hussein Onn Malaysia diminta mengupas topik yang telah menjadi isu panas di kalangan orang melayu masa kini. 
Melalui fahaman saya sendiri berdasarkan artikel ini, dapat saya simpulkan skop yang ingin di sampaikan di dalam artikel ini mengandungi 3 perkara utama iaitu:
1) pendidikan
2) budaya
3) kepercayaan

mengenai isu pendidikan.
bagi saya, berkenaan isu pendidikan ini sendiri. mengapa perlu di pertikaikan mengenai isu "DOA"  di dalam perhimpunan rasmi sekolah? dikatakan kemelayuan hanya kerana sepotong doa yang di baca hanya tak sampai seminit pun di dalam perhimpunan sekolah. sudah la pula perhimpunan sekolah di adakan seminggu sekali. jadi mengapa perlu di pertikaikan isu berkaitan doa ini? adalah amat bersyukur jika saya dapat melakukan itu di sekolah dahulu. ini kerana tidak semua sekolah kebangsaan itu mengamalkan perhimpunan sekolah dengan membaca doa. Hanya sekolah yang guru besarnya atau Pengetuanya melayu sahaja yang berpeluang. sekolah-sekolah seperti Methodist Girl's School, St. Micheal, dan Convent, adakah sekolah-sekolah ini mempraktikkan ini? Tidak...(kalau ada saya mohon maaf) Tapi itu la realitinya. Dengan membaca doa tidak akan membuatkan mereka yang bukan melayu itu di melayukan. saya rasakan semua kaum di Malaysia ini mengamalkan doa tidak kira apa jua bangsa mereka. cuma, cara seseorang itu berdoa sahaja yang mungkin berbeza.
         satu lagi isu berkaitan pendidikan ini, mengapa perlu di pertikaikan dan terlalu mendombakan sekolah jenis kebangsaan? Apakah sekolah kebangsaan yang sedia ada kini masih tidak mencukupi??? lantaran mengapa tidak di masukkan sahaja ke sekolah kebangsaan biasa?? mengapa perlu menjurangkan lagi perhubungan perkauman di antara kita?? bagaimanakah semangat 1 Malaysia dapat diwujudkan jika begini la keadaanya?? jadi, renungkanlah.

mengenai isu budaya dan kepercayaan pula,
budaya dan kepercayaan sering kali berkait rapat. kerana di mana adanya budaya, disitu jugalah adanya kepercayaan. Isu berkaitan pertikaian dan menbandingkan pembinaan masjid vs kuil + gereja. sedangkan di dalam perlembagaan sendiri sudah termaktub bahawa keistimewaan Islam itu termasuklah mengembangkan syiar Islam seperti membina masjid dan surau. tapi sedarkah mereka bahawa peratus masjid dan surau itu lebih kecil daripada rumah ibadat bukan islam. tidak termaktub menyatakan rumah ibadah selain masjid dan surau itu di dalam perlembagaan. pernahkah mereka terfikir bagaimanakah datangya uwang hasil pembinaan masjid dan surau itu sendiri?? mereka meyangkakan ia hasil dari kerajaan semata-mata. nyata sekali mereka tidak peka dengan dunia Malaysia ini. sedarkah mereka umat Islam itu membayar zakat dan cukai? ada setengahnya pembinaan masjid ini di ambil dari uwang zakat ini tetapi di tambah juga dengan nilai kutipan derma yang di peroleh. belum termasuk sumbangan-sumbangan orang perseorangan dalam mewakafkan masjid itu. sedangkan rumah ibadah bukan islam turut didirikan kerajaan. jadi, fahamlah.

Sekadar Kupasan,

No comments:

Post a Comment